1. AIRBOT
X-6
Kemampuan tenaga mahir tempatan sekali lagi mendapat
pengiktirafan apabila sekumpulan 15 pembangun perisian bekerjasama dengan
jurutera pakar dari Jerman dalam menghasilkan pesawat tanpa pemandu (UAV). UAV digelar Aibot X-6 itu bakal mencetus fenomena dalam
dunia perfileman dengan kemampuannya membuat rakaman dari udara sehingga ke
paras 2,000 kaki. Dijana bateri Litium-Polimer yang mampu menerbangkan UAV
berkenaan antara 30 minit hingga sejam, kualiti rakaman juga jauh lebih baik
daripada penggunaan helikopter yang selalunya dipilih penerbit filem bagi
rakaman dari udara sebelum ini.
2. ROBOT PINTAR
Pada bulan November 2008, telah tercipta satu projek inovasi
pada penciptaan robot dimana tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan robot
yang mampu mengenalpasti emosi yang berbeza berdasarkan ekspresi wajah. Projek
ini telah mengumumkan selesainya prototaip robot pertama yang tidak hanya mampu
membangunkan emosi mereka sendiri apabila berinteraksi dengan pengasuh mereka,
tetapi juga boleh mengekspresikan emosi-emosi mereka.
3. LG-GD910: JAM TANGAN
PONSEL DENGAN LAYANAN HSDPA
LG-GD910 adalah jam tangan ponsel yang memiliki teknologi
HSDPA di dalamnya sehingga anda boleh untuk melayari dan video chat jauh lebih
cepat dibandingkan dengan teknologi 3G. Ukuran layar LG-GD910 adalah 1,43 inci
dengan layar sentuh, fungsi "Text to Speech" serta mempunyai MP3
player
4. KERETA ELEKTRIK TANPA PEMANDU MASA DEPAN ELAK KESESAKAN TRAFIK
Mesra alam dan boleh bergerak sendiri tanpa pemandu. Kenderaan keluaran General Motors, The EN-V (Electric-Networked Vehicle) dua tempat duduk bergerak menggunakan kuasa bateri sekitar 25 batu untuk sekali cas dengan kelajuan maksimum 25 batu sejam, boleh berpusing 360 darjah. Sesuai di bandar, dan tempat tertutup untuk mengurangkan kesesakan trafik dan tempat 'parking'.
5. SKUTER SELAM HYDROBOB
Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi
meneroka kawasan terumbu karang. Mereka yang tidak pandai berenang boleh
menaiki skuter ini untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan di seluruh dunia
sehingga kedalaman 30 meter, tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan
atau sut selam. Para pengguna boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika
berada di dalam air. Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala
kenderaan ini juga dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama
sejam di dalam air. Skuter ini dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang
terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot.
Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB
untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan
Bahamas, Australia dan Tenerife.
6. ROKOK ELEKTRONIK
Rokok elektronik dibuat dengan menggunakan teknologi
elektronik. Rokok elektronik mengeluarkan asap yang berbeza dengan rokok biasa
dimana asap yang dihasilkan dari wap air,
tidak berbau dan juga tidak menyebabkan gigi menjadi kuning . Rokok
elektronik itu juga mengeluarkan asap,tetapi asap itu berasal dari wap air yang
sama sekali tidak berbahaya dan tidak berbau.
Rokok elektronik juga tidak mengandung bahan-bahan berbahaya yang
ditemui dalam rokok tradisional. Faedah lain adalah perokok elektronik tidak
membahayakan orang lain, yang biasa disebut sebagai ‘second hand smoke’.
7. I PHONE MENGUJI TEKANAN DARAH
Dengan teknologi tekini, tahap tekanan darah dapat diukur
hanya di rumah tanpa perlu ke hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.
Produk terbaru iPhone dari Syarikat Withing ini mempunyai alat pengukur tahap
tekanan darah. Dengan alat pengukuran tahap tekanan darah ini, pengguna dapat
mengukur tahap tekanan darah di mana-mana sahaja dan dapat dilakukan dengan
mudah sekali. Semua data akan disimpan dan direkod ke dalam ruang talian
pengguna.
8. ALAT PEMANTAUAN GLUKOSA DARAH
pemantauan glukosa darah tanpa wayar, direka bertujuan untuk
memudahkan pemeriksaan glukose darah tanpa menggangu tidur ibubapa. Sistem ini
terdiri daripada monitor mudah alih dan ringan dengan keupayaan untuk mengambil
isyarat wayarles bahawa ibu bapa terus dengan mereka dan monitor boleh pakai
gelang yang masih diikat di tangan kanak-kanak untuk menghantar keadaan
kesihatan monitor.
9. PEN PINTAR DIGITAL
Pen
pintar digital perkembangan dunia sains dan teknologi telah mencipta pelbagai
aplikasi moden yang mampu menjadikan aktiviti manusia semakin mudah pelbagai
segi.Terkini , melalui pen pintar yang diberi nama Pulse Digital, kerja-kerja
mencatat menjadi lebih senang kerana ia bukan sahaja mampu merekod data, malah
turut berkeupayaan untuk merakam audio. Pen berkenaan perlu digunakan bersama
sebuah buku khas yang telah dicipta bersama.
10. INOVASI PENCIPTAAN BASIKAL
Rekaan
daripada Kevin Scott iaitu basikal yang dapat dibengkokkan agar anda dapat
menguncikannya di sekitar tiang atau tiang lampu. Hal ini sudah tentu dapat
menghalang pencuri daripada mencuri basikal anda. Perancang Industri muda ini,
telah menggunakan sistem Ratchet yang dibina ke dalam rangka basikal bagi
membolehkan basikal dibengkokan di sekitar tiang. Sepeda motor akan membengkok
untuk menguncikan dirinya sendiri, jadi tidak perlu dirantai. Kunci sepeda
biasa akan mampu mengunci frame dan kedua-dua roda. Basikal ini juga boleh
disimpan di dalam ruang kecil
MY PROFILE
NAMA: MOHD AZULWAN BIN ABDULLAH
NO MATRIK: A137857
PROGRAM: SARJANA MUDA ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
TAHUN PENGAJIAN: 2
SEMESTER: SESI 2 2012/2013
TUTORIAL:
HARI: RABU
MASA: 9-11 PAGI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER 3, DEWAN BUDIMAN FAKULTI PENDIDIKAN (FPEND) UKM.
EMEL: azulwanabdullah@gmail.com